Ukiran Kayu Melakar Hidupmu
Tentang Kami
JayZara Collection telah ditubuhkan secara rasmi pada Oktober 2023. Bermula dengan minat kemudiannya jadi kerjaya. Fokus utama mulanya
adalah Hiasan Islam Dinding Rumah sahaja. Hari demi hari, pemintaan untuk hadiah kecil seperti jam, kotak dan ukiran gambar meningkat.
Fokus utama perniagaan bertukar daripada Hiasan Islam Dinding Rumah kepada Hadiah dan Cenderamata. Alhamdulillah sehingga hari ini, lebih 50,000 produk telah terjual dan lebih 10,000 pelanggan telah berpuas hati merasai hasil kerja kami.
Harapan Kami
Kami pada asalnya hanya menerima tempahan secara custom made sahaja. Tetapi sekarang terdapat puluhan produk sedia ada (ready made) untuk dipilih oleh pelanggan kami.
Kami berhasrat untuk menjayakan misi 1 Rumah 1 Hasil Kayu 1 Ukiran Kalimah Allah. Semoga satu hari nanti cita-cita ini bakal terjadi. Hasil pada hari ini adalah segala usaha dan kerja keras semua pekerja dan sokongan semua pembeli. Tanpa kalian, siapalah kami.
Zara Zeeza
“Saya percaya bahawa setiap hadiah atau pemberian yang indah bukan dinilai pada sekadar rupa, tetapi pada setiap sentuhan kecil yang memberi makna. Dari minat yang mendalam terhadap seni dan keindahan, lahirlah jenama ini, diinspirasikan oleh kecintaan saya terhadap seni reka abstak dan seni pertukangan. Setiap ukiran yang dihasilkan membawa harapan agar setiap ruang bukan hanya kelihatan cantik, tetapi juga terasa hidup, hangat, dan penuh cerita.”
